About Me

My photo
Skudai, Johor Bharu, Johor, Malaysia
address me as "Iz". 25. student life has ended 2 years ago. working. NPI engineer. Qualified HERBALIFE distributor. -Prepares for the worst yet hopes for the best-

Sunday, June 17, 2012

NO MORE 'SESUNGUT'! =p

Assalamualaikum..


Korang mungkin akan bosan sedikit sebab entry kali ni tak banyak gambar. Tapi Iz janji next entry akan ada banyak gambar k?---> ok ni ayat bajet macam blog aku ni ramai visitor. haha!!


Alhamdulillah. Syukur kpd Allah. Iz happy sangat2 hari ni.. Why why why?
Ok..Let me start the story.


Iz ni masa zaman study dulu memang terkenal dengan sakit 'sesungut' ataupun nama saintifiknya senggugut. Hahahaha. Nama canggih sikit period pain. Ok please be serious! =)
Start zaman dekat U, Iz ad period pain yang maha dashyat. Menggila wa cakap lu...muka pucat kale kelabu (aku hampir taip muka pecut tanpa sedar haha!).
Bila masa dah time haha, Iz akan ad very bad back pain. Tak boleh jalan tak boleh duduk. The only solution is to sleep and have a good rest with the hope that the time will pass so fast & I will never hv to remember the bad pain. Iz pegang sangat pada satu benda ni, walau macamana condition Iz sekalipun I will never take the menstrual pill yang kaler pink tu. Panadol pon sama. Bahayaaaaa ok!!
So apa Iz buat, Iz akan call mak sambil nangis2 (aku bukan gembeng), mengadu sakit sampai Iz tertidur. Tidur pulak kena switch off the fan (walaupun masa tu tengahari n matahari betul2 atas kepala) sebab setiap kali ada period pain badan Iz akan rasa sejuk menggigil2. Seriously!


Pernah satu masa tu, Iz tengah dalam kuliah. Siapa2 yang duduk dalam bilik kuliah UTeM akan ada perasaan seperti bermain salji di California ketika malam Krismas!
Masa tu kuliah 3 jam dan Iz baru masuk 1jam and ad balance lagi 2 jam utk habiskan kuliah hari tu. 
Masa nak masuk jam yg kedua tu memang terasa sangat back pain, dah lah duduk depan muka lecturer (depan sekali- bajet boleh gud gud and dapat pass in flying colors kalau dudup depan!haha).
Oleh sebab xtahan sangat, Iz memang decide and nekad untuk balik. Masa tu baru 1st year kalau xsilap. 


Iz keluar dewan kuliah and terus tunggu bus untuk balik hostel. Tp bile da naik bus tu, sakit de bertambah2 pulak sbb dalam bus lagi rasa sejuk. Huwaaaa!! Lepastu dengan pakcik bas yg taknak tolerate untuk hantar Iz balik hostel dulu sebab dia nak tunggu bus penuh dulu baru jalan. 


Giler ke apa pakcik ni??? Time tu baru pukul 10. Mana ada orang yg nak naik bus balik hostel time tu sebab kebanyakannya baru nak start kelas. Kalau nak tunggu bus penuh pukul 12 la baru aku boleh balik gamaknya. Muka da berkerut- kerut tahan sakit ni. Time tu i feel like "siap kau pakcik bas taknak hantar aku balik. Aku ingat muka kau sampai bila2". Ingat muka je la tapi tak boleh nak buat apa pon. Sebab tak tahan sakit punya pasal siap berdendam bagai dengan pakcik bas je pon. Alahaiiiii kau ni. Hahahahaha


Sampai rumah terus call mak mengadu bagai sampai tertidur until after noon!! Syok gila kau dapat tidur. Kelas semua aku langgar aku attend dalam mimpi. Hihihihi


Sampai la Iz da abes belajar and kerja pon Iz still ad symptom yang sama setiap kali period. Kalau kuliah boleh lah aku ponteng tapi kalau kerja gila ke apa nak ponteng. So sebab nak save cuti (gila lah kan kalau amek cuti setiap bulan sebab ni je. Abes la cuti aku), Iz pon akan pergi klinik untuk ambil MC. Tapi sebenanye sama je. Pergi klinik xboleh ambil MC je. Mesti kena ambil ubat and baya doc punya consultation. Keluar duit jugk lah kan. Ambil ubat pon memang Iz tak makan sebab tujuan dan matlamat ku hanyalah untuk mendapatkan MC semata. Belambak koleksi ubat utk period pain. Sungguh tidak bijak!!


But you know what....Iz da tak ada period pain ok!!!! Haritu Iz bangun tidur nak solat n mandi but rasa tak selesa and wanted to check....


.......


.....

...

..


Period pain is gone ok!!! Hihihi. Bila period pon tak rasa pon macam period!! Langsung tak sakit...Ya Allah happynya...Thank you Allah!!
Semuanya selepas Iz consume HERBALIFE secara konsisten tak sampai 2 minggu pon!! Takkan la Iz nak cerita semua step by step ape yang Iz cek, apa yang Iz nampak dan apa yang Iz rasa kan? =p


French Vanilla shake after breakfast- gain weight program =)


Guys...you should try it. Iz tak sangka ok sebab Iz cuba herbalife ni untuk resdung dengan gain wieght je. Tak terpikir langsung untuk period pain sekali. Alhamdulillah.... =))


*Iz buat entry ni just utk share experience Iz guna herbalife k? Tiada niat pon untuk menunjuk2 pada semua orang. n untuk para lelaki yang baca ni, korang boleh suggest kat gf/ wife yg ad bad period pain mcm Iz ni. This is just for sharing ok?? Semua yg baik itu dari Allah, yang buruk daripada kita. Penyakit itu penghapus dosa dan kita kena ambil peluang untuk muhasabah diri kenapa penyakit tu ada pada kita. Kena usaha juga untuk eliminate penyakit tu bukan terima dengan redha sahaja. Penawar mesti cari ok? 


-Love-
Iz


















Wednesday, June 13, 2012

LOOSE WEIGHT VS GAIN WEIGHT

Assalamualaikum..


Da pukul 2 pagi tapi Iz belum tidur lagi. Reason?? Jeng jeng jeng... ^_*..tak payah nak buat mata sepet sangatlah..haha... Iz tengah download file dri customer's website... si pencuri data..owh tidak! saya curi2 pandang pon tak pernah taw!! =p
Internet kat opis ada problem..da 2 hari internet slooooowwww. "Pak Belalang" lagi laju, pantas, tangkas dan tuntas (pak belalang tu apa benda tah nama dia..alaaaa...yg selalu jalan slow atas jalan tu lepastu jalan jem lepastu buat orang sumpah seranah lagi2 kalau dia lalu pagi2 lepastu bentuk dia mcm belalang)..backhoe kottt...osh...Iz sangat fail dalam mengenal jenis2 pengangkutan. Kalau tak silap backhoe kot nama dia..bukan backhand..backstab pon bukan... hihihi


Okehs! Daripada cerita belum tidur lagi (bukan jangan tidur lagi. Kelas kau jah!), lepas tu pasal internet sloowww, backhoe back kick bagai. Nak cerita kenapa belum tidur lagi lah!!


Yelah sebab bawa balik kerja ke rumah lah cik Kiah sebab tu aku belum tidur lagi. Tak mengantuk pooonn.
Sebab ada satu special parcel sampai. Actually parcel ni da sampai semalam lagi. Tapi semangat ketiduran mengatasi semangat eksaited lompat galah, tak bukak lah jawabnya. 


Errr..tapi kan..apa kaitan LOOSE WEIGHT VS GAIN WEIGHT dengan isu ni?
Tak ada kaitan langsung! kalau kau buat karangan utk UPSR belum tentu kau dapat B! yelah sebab aku boleh dapat A kan kan?
Nanti nanti...


Iz dapat parcel....tengoklah kt bawah ni!!!
hihi..

3 sets loose weight & 1 sets gain weight product from Herbalife =)
Ok kalau nak taw HERBALIFE ni makanan nutrisi yg seswai..bukan seswai...yg sangat seswai utk kuruskan badan. Jangan risau herbalife ni bukan drugs (dadadadadadah bukan telur dadar) ataupun supplement. Dia berbentuk nutrisi untuk badan kita. Eh, ad beza ke supplement dgn nutrition? Ok...macam ni lah kalau bekas budak mekanikal nak cakap in medical terms konon2 canggih meletup kebabom... pheww...sebenanya mengaku jelah kau ni doktor celup! ok fine!


Mengikut kata kawan Iz la, dia yg kata eh, dan kawan Iz ni student medic 5th year (so kalau salah cari kawan Iz ni. ekekeke...tade tade...gurau2 je kawanku sayang  ---> bodek sebab mana taw lepas ni boleh dapat banyak barang herbalife freeeeee =p) nutrition dgn supplement tak sama. Tapi Iz minta maaf kalau salah. Rarararai..kalau aku salah paham kau tolonglah betulkan..kau lah super heroku sekarang ni...hehehehe


So, kalau kita amek herbalife ni dia akan gantikan breakfast dengan dinner (recommended) and dalam masa yg sama akan provide nutrition yang diperlukan oleh badan. So, bila kita tak makan dikira sebagai diet tapi dalam masa yg sama herbalife provide nutrition supaya kita tak akan rasa lemah dan lesu sebab tak makan. Dan sebenarnya sangat bahaya kalau diet tanpa makan. At least kena kurangkan makan dan bukannya tak ambil makanan langsung.


"Eleh...kau da kurus boleh la promote herbalife pung pang pung pang ckp herbalife berkesan"


ok wait wait wait...herbalife bukan boleh kuruskan badan or loose weight je taw, tapi boleh gain weight juga macam iz ni yg underweight. yeay! senyum sikit =)... Iz pon ad masalah resdung yg sgt serius. Muka ad acne (tak nak cakap jerawat sebab macam eeeeerrrr...) Nak tau berkesan ke tak? Kat bawah ni Iz sertakan gambar2 orang yg loose weight & yg hilang masalah resdung & migrain...yg gain weight Iz tak letak sbb selalunye permintaan utk gain weight ni xbanyak sgt...Iz akan letak upon request je ye? :))



Lagi satu part yang paling Iz suka adalah herbalife boleh membantu mengurangkan/ menghapuskan resdung (dalam erti kata lain mampus sana kaw!! haha). 
Tanda2 resdung bukan jerawat pada muka je yer, tapi bersin pd waktu pagi, hidung berhingus tanpa henti (selsema kronik), mata berair & gatal, telinga pon gatal gak. Satu pakej. Tunang Iz ad resdung yg sangat teruk. Kadang2 Iz kesian sgt tengok dia tak tertahan setiap hari selsema. Lepas tu pantang kena habuk & asap rokok mula lah selsema dia jadi aktif. Bila selsema kronik dia datang tu, rasa macam tolonglah transfer kat aku sikit. Kesian (bajet sayang menyayang lettuw! hihihi). Insyallah Iz akan bagi dia cuba dan umumkan hasilnya.
Resdung kalau tak dikawal boleh mendatangkan ketidakselesaan & mudarat pada diri sendiri (ewwah macam canggih je ayat kau).


Ni contoh before herbalife ad resdung yg teruk dan selepas consume itu herbalife muka sulah sangat chantek wooo!! Bersih dan licin!

Orang yg pregnant and baby pon bagus minum herbalife ni ok!

Amazing kan kan kan??


Haaa...ad pon contoh org yg gain weight! =)


Lagi satu perkara yang sangat mengejutkan adalah... ada seorang makcik yang lumpuh (mungkin akibat strok, tapi bukan permanent according to my friend) dapat berjalan semula selepas consume herbalife!! Alhamdulillah.. kencing manis n darah tinggi pon berkurang... 

Dan lagi satu, testimoni daripada kawan baik Iz sendiri, Raihana ataupun panggil je dak rai. Rai, kau jangan bajet kau lagi muda daripada aku plak taw. Hihihi.. Rai ni 5th year medical student kt Russian State Medical University (RSMU). Rai, aku taw sebut name U ko. Ko taw sebut nama U aku tak? Tak tau kan? Ok, nak satu set loose weight herbalife percuma lepas ni!! kehkehkeh.
Rai ni minat masak. Kalau korang nak pengsan sebab lapar or sawan sebab tak tahan terliur tengok makanan dekat gambar je, korang boleh la pergi kat blog rai sendiri.



Rai suka masak, buat kek and selalu buat catering makanan Malaysia kat Moscow. So mungkin atas faktor cuaca yang sejuk (suhu mencecah negatif degree C) dengan aktiviti masak+makan+makan+makan, sebab tu berat badan Rai ni naik.


Rai, aku buat anggaran dan konklusi ni taw Rai. Tapi aku rasa da tepat dan betul sebab aku tak pernah fail subjek penakulan matematik =p
Korang boleh tengok gamba2 kt bawah ni betapa kurusnya Rai masa kitorang sama2 masuk matriks. Owh lupa, Rai ni besfren Iz sejak sekolah menengah form 5 and lepastu kitorang masuk Kolej Matrikulasi Kedah kt Changlun sama2. Lepastu Rai dapat fly, Iz je yg xdapat fly sebab sayap tak cukup.hihihi


Rai, sebelum tu aku mintak ampun dan maaf. Apa salahnya kalau kita kenang zaman muda mudi dulu kan? hikhikhik


Dak Rai & Dak Iz kt Kem Kaizen, Pontian masa form 5


on my 18th birthday..da 7 tahun lepas ok! Alor Star, Kedah

The latest Rarai in Moscow Russia. Left- before herbalife. Right- after herbalife. 
Rai--> Before: 65kg
           After: 57kg in 3months

LOST 8KG IN 3 MONTHS

Bes kan tengok Rai ni?
Iz baru try je herbalife ni so mb belum ad effect lagi or mungkin Iz xnampak tapi orang lain nampak. Biasa lah kita dok ngadap cermin sbb suka tengok muka sendiri macam lawa sangat tiap hari so sebab tu tak perasan bila lawa jadi semakin lawa. PANGG!!! hahaha


Siapa2 yang nak turunkan berat badan, naikkan berat badan, nak hilangkan resdung & migrain, nk kawal kencing manis & darag tinggi, boleh la tanya Iz ok?? Ewwah kemaen manis lagi ayat...hehehehe


Segala penyakit tu datangnya dari diri kita sendiri dan mungkin Allah nak uji kita. So, kita kena berusaha untuk mencegah atau baiki. Iz tak cakap Herbalife dapat sembuhkan penyakit k? Yang Iz cuba sampaikan kita kena usaha sedaya upaya, dan Herbalife ni catalyst (pemangkin--> ayat nak canggih. haha) je sebagai medium untuk usaha dan sembuh. Insyallah. Yakin pada doa dan usaha sangat penting ok? 


Be positive, kena cekal, sangka baik pada diri sendiri, orang lain dan Allah =)


Assalamualaikum.


p/s: mati lah aku da pukul 3pagi ni xtido2 lagi...kang kejap lagi jangan bagi mimpi indah, kalau tak kompem esok tak bangun pagiiiiii

Saturday, June 9, 2012

TODAY IS THE DAY

Assalamualaikum...


Percaya x percaya da 6bln xjenguk lgsung blogspot ni
whoah!!! serius sekejap je rasa...


and as per today...I'm officially...err..errr....Malulah nak cakap!!haha...
2nd June 2012...Is a beginning of new part & path in my life...
Iz rasa ramai yg da taw so xyah la Iz cerita panjang2..


Pagi tu Iz bangun pukul 6pg...Kemaen lg dah eksaited bangun awal...sebenanye hantaran Iz blm siap lg okeh!!Mlm sblm tu tgh siapkan hantaran smpai ttido atas kerusi dgn bunga2 sekali..konon2 mcm snow white
but not with the huntsman
haha


Bangun kelam kabut, hantaran blm siap, nk buat final touch up n finishing lg kt ruang tamu..
karpet belum bentang, ruang tamu belum sapu...
phewwww..


Pukul 8.30 baru mandi walhal sptutnya mak andam dtg kol 8pg...ok tenang dan sabar lagi sbb belum dtg...
dlm pkul 9 da siap mandi and all...turun bawah konon nk makan...tengok mak andam mcm da lame sampai
MACAM JER!!


Make up dr pkul 9 suku cmtu sampai pkul 10.45!! Adoiiii...serius xtahan baring lelame..
But tengs to the besty sbb dtg temankan mekap, TURUN TANGGA n amek gmba bagai..
Nape TURUN TANGGA tu capslock??? Hahahahaha... Sebabnya mase kat tangga tu Iz hampir2 nk jatuh..sebaik adegan jatuh tu tetamu2 semua xnmpak dan sebaik juga ad si super heroin dtg terbang tlg selamatkan.. :p


Tengs besty sbb teman make up, teman borak n teman turun tangga
:)
Pelamin beranganku  =p

Mase sarung cincin ni memg nebes giler sampaikan tetamu sume nmpak tangan iz menggigil2..plak tu cincin xblh masuk sb sangkut kt jari tengah...adehhh..lg la gua menggigil...r
rilek2..kena coooooolll...

Muke lepas dpt cincin =p

Salam amik berkat...Thanks ma ^_^

His family

Semoga Allah merahmati perjalanan hidup kami 

Gamba2 yg ad pd Iz skg ni byk yg Iz da upload kt fb..Iz tgah tggu gmba dpd cameraman yg lain...
InsyaAllah Iz update nnti dgn gamba2 baru
:)